Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar dua beranak yang diburu polis Johor.

JOHOR BAHRU – Dua beranak diburu polis Johor kerana dipercayai terlibat dengan kes pemalsuan dokumen tukaran wang asing yang menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kedua dua lelaki warga tempatan itu mendakwa mereka pernah berkhidmat di Istana Johor.

Polis yakin, kedua-dua beranak itu masih berada di dalam negara.

“Kes penipuan ini melibatkan nama Tunku Mahkota Johor, polis juga telah mengambil keterangan daripada tiga suspek manakala dua individu lagi masih dicari.

“Mereka yang dicari ini adalah M. Paramesvaran, 64, dan anak lelakinya, P. Kuganathan, 34. Alamat terakhir mereka adalah Nombor 16, Persiaran Jelapang 16, Taman Sibilin, Ipoh, Perak,” katanya pada  sidang media  di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek itu diminta menghubungi Asisten Superintenden Khairul Saberi Nyan di talian 019-5290024 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette