MAB Kargo Sdn. Bhd. menerima tiga kelulusan 3 ATR.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) meluluskan kesemua 21 permohonan Hak Trafik Udara (ATR) pada suku ketiga tahun 2021.

Jumlah permohonan ini menunjukkan peningkatan permohonan ATR sebanyak 110 peratus berbanding kadar permohonan dari suku kedua pada tahun 2021.

Mavcom dalam kenyataannya berkata, ia telah meluluskan sebanyak 14 ATR bagi destinasi antarabangsa dan 7 ATR bagi laluan domestik.

MyJet Xpress Sdn. Bhd. dan World Cargo Airline Sdn. Bhd. telah menerima jumlah kelulusan permohonan tertinggi dengan 5 ATR bagi setiap syarikat, diikuti dengan AirAsia X Berhad yang menerima 4 ATR dan MAB Kargo Sdn. Bhd. dengan 3 ATR, serta Malaysia Airlines Berhad dan AirAsia Group Berhad masing-masing dengan peruntukan 2 ATR.

Dari kesemua permohonan ATR tersebut, 18 permohonan peruntukan ATR adalah dari sektor kargo, sekali gus menunjukkan pertumbuhan sihat bagi sektor kargo.

MAVCOM, sebelum ini telah melaporkan peningkatan antara 26.5 dan 28.2 peratus tahun-ke-tahun bagi trafik kargo udara negara tahun 2021.

Selain kelulusan ATR, Mavcom terus menyokong pemain industri dalam proses pemulihan dari kesan pandemik Covid-19 dengan melanjutkan lagi tempoh penangguhan penilaian permohonan peruntukan ATR yang telah dilaksanakan daripada Oktober 2020 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast