Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam (dua kanan) selepas dibebaskan atas sabitan kes dadah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 27 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini telah membenarkan permohonan oleh anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam untuk mengetikan sabitan dan hukuman terhadap tuduhan penyalahgunaan dadah dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat ketetapan untuk mengetepikan hukuman penjara lapan bulan atas sabitan salah penyalagunaan dadah oleh Ahmad Saiful di sebuah hotel terkemuka sebelum ini.

Peguam yang mewakili pemohon, Nasar Khan mengesahkan hakim telah membenarkan keputusan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini ketika prosiding pagi ini.

Sebelum ini pada Jun 2020, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Ahmad Saiful selepad didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim ketika itu telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Gelagat anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam (tengah) selepas dibebaskan atas sabitan kes dadah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 27 OKTOBER 2021.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di sebuah hotel di sini, pada jam 2.05 pagi 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.

Menurut laporan media, pada 6 Januari 2019, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Ahmad Saiful kemudian membuat rayuan pada Julai 2020 terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkannya atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara lapan bulan. -MalaysiaGazette

Mahkamah tetapkan 27 Oktober bagi rayuan batal kes dadah anak Mohamad Sabu