Ronald Koeman. Foto The Sun.

PARIS – Ronald Koeman akhirnya ditunjuk jalan keluar daripada jawatan jurulatih Barcelona selepas kekalahan kepada Rayo Vallecano yang menyebabkan mereka berada di tangga kesembilan La Liga,

Marca.com melaporkan, Barca mengumumkan pemecatan Koeman itu dalam satu kenyataan kelab malam tadi.

“FC Barcelona mengucapkan terima kasih atas perkhidmatannya dan selamat maju jaya dalam kariernya,” tulis kenyataan itu.

Persembahan buruk pada permulaan musim meningkatkan kemungkinan pasukan itu gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan seterusnya mendatangkan kesan besar terhadap situasi kewangan kelab yang sudah teruk.

Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez, yang kini mengetuai kelab Qatar, Al Sadd serta pengendali River Plate, Marcel Gallardo dilaporkan antara calon untuk mengambil alih tugas itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast