Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Azulita Salim(kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agro Bank, Khadijah Iskandar (kiri) pada pra Pelancaran Smart Card Peladangc(Peladang-i) dengan kerjasamam strategik Lembaga Pertubuhan Peladang bersama AgroBank di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 25 OKTOBER 2021

KUALA LUMPUR – Lebih 920,000 ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negara ini berpeluang menikmati kemudahan Kad Pintar Keluarga Peladang (PELADANG -i) berkonsepkan perbankan dengan menggabungkan ciri-ciri tiga dalam satu menerusi kad Co-Brand Agrobank.

PELADANG-i mampu menjadi kad identiti keahlian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), menjadi transaksi pembayaran secara tanpa tunai malah dilengkapi perlindungan Takaful Kasih Plus sehingga RM5,000 hanya dengan bayaran RM5 setahun.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata inisiastif PELADANG-i juga boleh menarik lebih ramai penglibatan ahli peladang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik menerusi konsep yang disediakan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

Menurutnya, ia merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan dan melonjakkan penggunaan teknologi digital dikalangan ahli peladang ke arah dunia digitilasasi disamping mencapai matlamat LPP dalam menerajui industri pertanian negara ke arah Revolusi Indutsri (IR 4.0).

“Perlaksanaan PELADANG-i adalah salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI), yang mana kita menyasarkan seramai 2,000 ahli peladang bakal mendapat manfaat melalui kad pintar ini sehingga 9 Disember depan.

Dalam untuk tempoh jangka panjang, kita berharap 920,678 ahli peladang akan dapat memanfaat kemudahan ini dan sehingga kini seramai 180 ahli peladang telah berjaya memiliki PELADANG -i.

Kemudahan ini juga boleh menjadi tarikan kepada golongan muda untuk menjadi ahli peladang di kawasan masing-masing dengan menikmatinya memandangkan kita hanya mempunya 15 peratus ahli muda peladang,” katanya.

Azulita Salim

 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbincangan Meja Bulat Kad Pintar Keluarga Peladang (PELADANG-i) dengan kerjasama strategik LPP bersama Agrobank, di Ibu Negara.

Azulita menambah, manfaat Takafaul Kasih Plus menerusi PELADANG-i ini, terbuka kepada ahli peladang yang berumur 18 tahun hingga 70 tahun, sekali gus membantu mereka ketika berdepan musibah.

“Antara manfaat yang diperolehi adalah RM5,000 untuk kematian akibat kemalangan, atau hilang upaya kekal akibat kemalangan selain perbelanjaan perubatan akibat kemalangan (RM250) dan kematian semula jadi (RM500).” katanya.

Khadijah Iskandar

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khatijah Iskandar berkata, penggunaan PELADANG-i juga memberi nilai tambah kepada para ahli peladangan dalam memudahkan urusan mereka dengan Agrobank.

“Dengan adanya kad ini, kita boleh mengenal pasti menerusi transaksi setiap ahli peladang seterusnya boleh memperolehi data yang diguna pakai semua pihak menerusi satu sistem.

Ia dapat mempermudahkan urusan ahli peladang mendapatkan perkhidmatan di Agrobank sebagai contoh dalam urusan membuat pinjaman kewangan, atau sebagainya berkaitan dengan perbankan,”ujarnya.

Ahli peladangan yang ingin mendapatkan manfaat kemudahan PELADANG-i, perlu membuka akaun Agrobank di mana-mana cawangan berdekatan. – MalaysiaGazette