Foto Instagram Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Rita Rudaini meluahkan rasa marah dengan tindakan seorang vlogger yang dikenali sebagai Zhaf Vlog yang menghina dirinya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon berkenaan menyelar tindakan Zhaf yang telah mengubah poster dalam filem lakonannya yang akan ditayangkan pada bulan depan.

“Tuhan bagi sekali dekat kau bro bukan untuk kau guna menghina orang… ramai orang Islam macam ini mencaci cerca orang yang tak vaksin.

“Malu la kat agama lain bro. Lepas vaccine dah jadi lembu. Tuhan bagi kau jadi manusia kau pilih jadi lembu,” tulisnya.

Sebelum ini, vlogger tersebut yang kerap membuat reviu tentang filem telah memuat naik poster dengan memasukkan perkataan ‘anti vaksin’ dalam poster filem lakonan Rita.

Sehubungan itu, Rita juga telah menggelarkan Zhaf Vlog sebagai ‘blogger lembu’ atas tindakan yang dilakukan vlogger berkenaan.

“Blogger lembu memang akan buat content bodoh-bodoh macam lembu. Takat itu ja pun otak mampu fikir… nak masuk 2022 dah oi.

“Takat tu ja ka? Biasalah blogger sampah… gelar diri sendiri blogger tapi tak nampak macam blogger pun. Lebih mirip kepada lembu kacuk babi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast