Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Hanya satu lokaliti direkodkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti itu ialah Kampung Orang Asli Satak dalam Mukim Batu Talam, Raub, Pahang.

Menurut beliau, pelaksanaan PKPD bagi kawasan itu ditetapkan selama dua minggu bermula esok sehingga 16 November ini.

“Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Satak,” katanya dalam hantaran Facebooknya, petang ini.

Sementara itu, kata beliau, tiada rekod lokaliti dilanjutkan dan ditamatkan PKPD setakat ini. – MalaysiaGazette