Zulkarnain Idris speaks to the media after the verdict was delivered on the homicide case of his son, Zulfarhan Osman which happened in 2017. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 02 NOVEMBER 2021 culpable homicide assault bully marine cadet NDUM National Defence University of Malaysia death
Zulkarnain Idris speaks to the media after the verdict was delivered on the homicide case of his son, Zulfarhan Osman which happened in 2017. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 02 NOVEMBER 2021. Zulkarnain Idris bercakap pada media bagi keputusan akhir kes kematian anak mereka Zulfarhan Osman yang berlaku pada 2017 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun, hari ini ayah Allahyarham Zulfarhan Osman memaafkan semua 18 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes kematian anaknya.

Zulkarnain Idros berkata, meskipun kehilangan anak sulungnya namun beliau berharap dengan memaafkan, semua pihak akan berasa lega termasuk dirinya.

“Ya Allah, beratnya. Secara jujurnya saya maafkan kepada tertuduh sekurang-kurangnya kalau saya maafkan ada kelegaan di hati.

“Hari ini baru habis baru saya boleh maafkan, baru rasa lega,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah hari ini.

Katanya, daripada 18 tertuduh yang terbabit dalam kes kematian Zulfarhan, hanya satu keluarga sahaja yang pernah menemuinya.

“Hanya satu keluarga minta maaf atas perbuatan anaknya. yang lain tidak pernah. Seolah-olah anak saya bersalah jadi saya berharap jangan begitu,” tambah Zulkarnain.

Mahkamah Tinggi hari ini, memutuskan penjara 18 tahun kepada enam penuntut UPNM kerana mengakibatkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuh.

Dalam masa yang sama lima daripada enam termasuk  12 tertuduh yang lain juga akan menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah mencederakan allahyarham.

Meskipun kurang berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini namun Zulkarnain berharap ia akan dapat dijadikan tauladan.

Beliau juga berharap tragedi yang berlaku dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat agar tidak menjadi pembuli.

“Saya pesan masyarakat di luar sana jangan jadi pembuli. Contohnya seperti apa yang telah terjadi kepada saya.  Kalau buli membahayakan masyarakat, menghilangkan nyawa kesannya adalah kepada kedua ibu bapa. Macam saya. Saya kehilangan anak sulung harapan keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Zulkarnain juga memaklumkan pihak pendakwaan akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes bunuh Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast