Pasukan penyelamat meredah kawasan banjir untuk mencari mangsa-mangsa yang hilang.- Foto The Associated Press

KOTA BATU – Banjir kilat akibat hujan lebat di Pulau Jawa Indonesia mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan tiga lagi hilang.

Agensi Bencana Kebangsaan berkata, sungai di lereng Gunung Arjuno melimpah ke tebing pada hari Khamis.

Air lumpur menenggelamkan lima dusun di Kota Batu, sebuah bandar di wilayah timut Jawa Timur.

Sebanyak 15 orang telah dihanyutkan dan enam orang dapat diselamatkan.

Ketua agensi itu, Ganip Warsito, berkata, hujan lebat dijangka berterusan dan meningkat hingga Februari disebabkan oleh La Nina.

Anggota penyelamat menjumpai mayat berhampiran Sungai Brantas pada hari Khamis dan lima lagi mayat ditemui pada hari ini, kata pemangku jurucakap agensi itu Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Mereka masih lagi mencari tiga orang yang hilang.

Kerja-kerja menyelamat menjadi sukar disebabkan jalan tersumbat dilitupi lumpur tebal dan serpihan.

Pihak berkuasa mula memindahkan orang ramai di kawasan terjejas ke pusat perlindungan kerajaan, kata Muhari.

Banjir teruk turut dilaporkan di kawasan lain di negara ini tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kata agensi itu.

Banjir besar terbaharu adalah pada April, apabila Taufan Tropika Seroja mencetuskan tanah runtuh dan banjir yang mengorbankan sekurang-kurangnya 183 orang di Pulau Timor.

Seramai 42 orang lagi ditemui mati di sebelah pulau Timor Timur serta mengakibatkan kerosakkan beribu-ribu rumah dan beribu orang kehilangan tempat tinggal.- ABC News

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast