TEXAS – Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan berpuluh-puluh orang cedera selepas ribuan orang menyertai malam pembukaan Astroworld Festival di Houston, Texas.
Panik berlaku selepas orang ramai mula berpusu-pusu ke hadapan pentas di Festival Astroworld Travis Scott, kata pegawai kecemasan.
Seramai 11 orang telah dibawa ke hospital akibat serangan jantung dan lapan meninggal dunia.
Kira-kira 300 orang telah dirawat kerana kecederaan seperti luka dan lebam pada acara yang dihadiri 50,000 orang itu.
Insiden itu bermula sekitar 9.15 malam pada hari Jumaat (02:15 GMT Sabtu), kata Ketua Bomba Houston Samuel Peña.
”Apabila pengunjung mula memenuhi hadapan pentas, orang ramai mula panik,” katanya kepada pemberita.
Kejadian tolak-menolak menyebabkan ramai cedera.
Penganjur menghentikan konsert apabila mendapati ramai orang cedera.
Terdahulu, pada sebelah siang, beratus-ratus orang telah bergegas ke lokasi acara, merobohkan pengesan logam dan kawasan pemeriksaan keselamatan untuk masuk ke konsert itu, lapor akhbar ABC13. – BBC