Datuk Norliza Abdul Rahim

KUALA LUMPUR –  Lima calon wanita yang diketengahkan iaitu tiga dari Wanita UMNO dan masing-masing satu dari Puteri dan MCA mempunyai faktor ‘wow” untuk menang.

Ahli Majlis Tertinggi dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, walaupun calon Wanita PRN Melaka kali ini sekadar 18 peratus daripada keseluruhannya pencalonan BN namun kekuatan kepada kelima-lima calon  ini sangat penting bagi menyumbang kepada kemenangan BN di dalam PRN Melaka nanti.

“Calon-calon Wanita BN adalah calon yang dinamik dan mempunyai imej segar dalam membawa kepada pembaharuan demi kebaikan pengundi. Kekuatan jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus adalah sumber mendekati pengundi dalam keadaan kempen pilihan raya dalam norma yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Norliza, PRN Melaka tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini malahan menampakkan komitmen BN untuk melakukan perubahan demi rakyat Melaka.

Ciri yang paling utama kali ini diketengahkan ialah calon yang setia kepada parti, katanya.

“Aspirasi BN mengetengahkan 49 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah yang memperlihatkan calon-calon muda ini boleh menawarkan perkhidmatan terbaik dan kuat bekerja untuk rakyat selari dengan slogan BN,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Senarai calon BN pada PRN Melaka

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast