Romani (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Zulkifli semasa hadir pada Mesyuarat Agung PVTLDM ke-13 di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) menggesa pesara badan beruniform itu untuk menyertai persatuan bagi memastikan tiada antara mereka dipinggirkan.

Yang Dipertua PVTLDM Kedah, Zulkifli Muhyiddin berkata, penglibatan PVTLDM dalam persatuan masih rendah apabila hanya 665 ahli berdaftar berbanding jumlah yang direkodkan seramai 1,800 orang.

Jelas beliau, penglibatan pesara itu dalam persatuan memudahkan penyaluran sebarang bantuan sepertimana yang layak diperuntukkan.

“PVTLDM menggiatkan kempen mendaftarkan keahlian baharu bagi memastikan tiada golongan tersebut dipinggirkan.

“Selain itu, PVTLDM Kedah juga mewujudkan tabung kebajikan berkenaan sejak setahun lalu bagi membantu meringankan beban ahli-ahli sekiranya ditimpa musibah.

“Banyak bantuan dan kemudahan layak diterima veteran TLDM, namun kita berdepan kesukaran sekiranya mereka bukan ahli persatuan,” katanya ketika ditemui semasa hadir pada Mesyuarat Agung PVTLDM ke-13 di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Majlis dihadiri dan dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah, Wan Romani Wan Salin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM2,000 bagi mengisi tabung PVTLDM.

Tambah Zulkifli, penglibatan dalam persatuan penting dan pada masa sama meneruskan ukhwah yang sedia terjalin sepertimana semasa berkhidmat dahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast