Farzana Hayani Mohd. Nasir.

KUALA LUMPUR – Parti pembangkang terus menampilkan muka baharu apabila PKR mempertaruhkan calon wanita berusia 21 tahun iaitu termuda mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon tersebut, Farzana Hayani Mohd. Nasir diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pengumuman calon PKR bagi PRN Melaka secara maya semalam.

Farzana Hayani yang juga Ketua Srikandi Keadilan Melaka diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Beliau adalah mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara Shah Alam serta memiliki Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari UiTM Kampus Rembau pada tahun lalu.

Kelmarin, DAP juga mengumumkan calon muda, Muhamad Danish Zainudin yang berusia 25 tahun sebagai calon PH bagi kerusi DUN Pengkalan Batu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.