SPRM Jabatan Perangkaan
Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) telah menganjurkan bengkel Pengukuran Rasuah melalui Kaedah Berasaskan Bukti bersama Jabatan Perangkaan dengan input pakar dari Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di sini baru-baru ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan sebarang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.

Bilik gerakan PRN Melaka yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Melaka, No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, 75460 Melaka.

Selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast