political frogs with principles DAP Idris Haron Nor Azman Hassan The police guarding the entrance of the N.15 Pengkalan Batu State Assembly Candidate Nomination Centre, Bistari Mini Stadium, Melaka in conjunction with the candidate nomination day of the Melaka State Election. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 NOVEMBER 2021
The police guarding the entrance of the N.15 Pengkalan Batu State Assembly Candidate Nomination Centre, Bistari Mini Stadium, Melaka in conjunction with the candidate nomination day of the Melaka State Election. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 NOVEMBER 2021. Anggota polis yang mengawal disekitar laluan masuk ke pusat penamaan calon pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka DUN Pengkalan Batu N.15 di Dewan Mini Stadium Bistari, Melaka. foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan pendirian untuk tidak berkempen untuk dua “katak politik” yang telah menyertai Pakatan Harapan (PH) dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai berkata, partinya sesekali tidak akan berkempen untuk calon PKR di Asahan, Datuk Seri Idris Haron dan calon Amanah di Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Katanya, DAP sudah menyatakan pendirian yang jelas untuk menolak “katak politik” walaupun rakan sekutu mencalonkan dua pemimpin itu untuk bertanding menggunakan lambang PH.

“Oleh itu, kami tidak pergi apabila calon diumumkan,” katanya dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu program di Pudu, ibu negara pada Ahad.

Ditanya mengenai kenyataan MUDA yang turut mengecam PH kerana bekerjasama dengan “katak politik” , Kok Wai berkata beliau bersetuju dengan kenyataan  Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Oleh itu, DAP tidak akan berkempen untuk mereka dalam pilihan raya di negeri Melaka.

“Walau bagaimanapun, kami tetap akan berkempen untuk calon PH lain di Melaka,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras.

Kok Wai pada masa yang sama membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang mempertahankan Idris dan Nor Azman sebagai “katak berprinsip”.

“Katak itu katak dan tidak dibezakan katak yang berprinsip dengan katak yang tidak berprinsip,” katanya.

Sementara itu di Melaka, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan Sinchew Daily sebagai enggan mengulas tentang isu “katak” yang bertanding menggunakan lambang PH.

“Saya tidak akan menjawab mengenai isu katak kerana saya bukan lagi dalam barisan kepimpinan parti,” katanya.

Kit Siang juga enggan memberi komen apabila ditanya sama ada DAP akan berkempen untuk Idris dan Nor Azman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast