Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Machap Jaya, Ngwe Hee Sem yang dalam perjalanan ke Machap Baru di sini  sempat berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan  di Taman Lesung Batu Jaya petang tadi.

ALOR GAJAH – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Machap Jaya, Ngwe Hee Sem yang dalam perjalanan ke Machap Baru di sini  sempat berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan  di Taman Lesung Batu Jaya petang tadi.

Hee Sem memberitahu kejadian melibatkan tiga buah kenderaan itu berlaku di depan matanya, lalu terus menghubungi pihak polis dan ambulans.

Beliau turut memuatnaik beberapa keping gambar ketika di lokasi kejadian yang  memaparkan sebuah kereta yang dalam keadaan remuk.

Kredit Facebook Ngwe Hee Sem

Selain itu, beliau sempat membuat siaran langsung di laman sosialnya mengenai perkembangan terkini mangsa yang terlibat.

“Harap mangsa keluarga kemalangan tabah menghadapi dugaan,” tambah Hee Sem dalam hantaran di Facebooknya.

Dalam beberapa gambar yang dimuatnaik itu, kelihatan pegawai kesihatan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) penuh untuk memeriksa mangsa yang terbabit untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

Kredit Facebook Ngwe Hee Sem

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa kemalangan itu belum diketahui.

Hee Sem turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu.-MalaysiaGazette