N.21 Duyong candidate from Perikatan Nasional (PN), Datuk Kamarudin Sidek at an interview with MalaysiaGazette in Ayer Keroh, Melaka. PIX: MOHD ADZLAN /MalaysiaGazette / 11 NOVEMBER 2021.
N.21 Duyong candidate from Perikatan Nasional (PN), Datuk Kamarudin Sidek at an interview with MalaysiaGazette in Ayer Keroh, Melaka. PIX: MOHD ADZLAN /MalaysiaGazette / 11 NOVEMBER 2021. Calon Perikatan Nasional N.21 Duyong, Datuk Kamarudin Sidek ketika temubual bersama Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Media MG, Ayer Keroh, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 11 NOVEMBER 2021.

AYER KEROH – Selepas penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 8 November lalu, media sosial dihujani isu sijil palsu yang dikaitkan dengan calon N21, Duyong, Datuk Kamarudin Sidek.

Tidak mahu lagi brerdiam diri, Pesuruhjaya Pas Melaka itu bertindak mendapatkan khidmat nasihat peguam.

“Saya sudah pun merujuk kepada peguam untuk tindakan selanjutnya. Isu ini bukan baharu, sejak 2018 lagi saya diserang secara peribadi begini.

“Dulu, saya berdiam sahaja tapi tidak lagi sekarang kerana ia sudah keterlaluan,” katanya dalam program Melaka Memilih malam tadi.

Tangkap layar di media sosial yang mempertikaikan sijil akademik Kamarudin.

Kamaruddin berkata, pihak peguamnya sedang meneliti untuk mengambil langkah seterusnya.

“Buat masa sekarang, peguam sedang mengumpul semua bukti dan mencari pemfitnah dan penyebar untuk tindakan. Saya tidak gentar kerana tahu siapa pelakunya.

“Dia dulu adalah ahli UMNO kemudian dibuang dan kini bersama Pakatan Harapan,” ujarnya.

Kamarudin juga menuntut agar si pelaku membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Itu sebaik-baiknya kerana si pelaku ini pernah disaman oleh UMNO pada tahun 2017 yang akhirnya membuat permohonan maaf kerana memfitnah.

“Saya mahu dia buat perkara sama,” katanya lagi.

Ditanya mengenai sijil akademik, Kamarudin akan menunjukkannya dalam masa terdekat.

“Sudah pasti akan saya tunjuk sebelum 20 November ini. Ini hal remeh yang hanya diperbesarkan dengan niat mahu menjatuhkan saya.

“Orang itu silap, kerana saya bukan sebegitu,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam temu bual lain, Kamarudin ketika ditanya mengenai pendirian Pas terhadap calon Ketua Menteri Melaka adalah Datuk Mas Ermiyati Samsudin, Kamarudin berkata, ia bukan masalah besar buat PN.

“Sebagai parti gabungan, misi utama adalah untuk menang dahulu. Sebenarnya bukan hanya nama Wanita sebagai calon ketua menteri malah nama seperti Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin juga ada disebut.

“Saya dengar, nama saya pun ada juga tapi tunggulah dulu. Bagi menang dulu untuk semua calon PN, baru kita putuskan siapa yang kan jadi ketua menteri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast