Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikurniakan darjah kebesaran persekutuan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikurniakan darjah kebesaran persekutuan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Ia dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong kali ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.

Daripada jumlah itu, seramai 44 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini.

Ini merupakan tahun kedua menyaksikan istiadat itu berlangsung dalam suasana norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ekoran pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast