Perikatan Nasional (PN) mewajibkan kesemua 28 calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk mendatangani akujanji khas parti itu.
Dalam akujanji tersebut, kesemua mereka dikehendaki memastikan pentadbiran kerajaan negeri Melaka dilaksanakan secara bersih, adil dan bebas rasuah sekiranya gabungan itu menang dalam PRN Melaka kali ini.