KUALA LUMPUR – Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menasihatkan individu yang menularkan video kononnya beliau memeluk wanita bukan muhrim supaya menghentikan fitnah itu.
Ini kerana, semua yang dipaparkan dalam video tersebut adalah ibu, isteri dan adik beradik kandung beliau, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu.
Tegasnya, video tersebut tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tetapi ia dirakam semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Pasir Puteh, Kelantan.
”Nasihat saya hentikanlah memanjangkan fitnah ini, walaupun saya berasa bersyukur kerana dapat pahala percuma daripada segala amal kebaikan pemfitnah dan penular fitnah, manakala dosa-dosa saya pula berpindah kepada mereka sebagaimana hadis mengenai golongan yang muflis akhirat,” ujarnya. – MalaysiaGazette