Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass menyantuni seorang anggota trafik berkerusi roda pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka, Ayer Keroh. Foto AMIRUL SHAUFIQ 16 NOVEMBER 2021.

AYER KEROH – Seramai 700 anggota polis dijangka menunaikan tanggungjawab membuang undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang hari ini.

Pusat undi awal itu dibuka sejak pukul 8 pagi tadi menyaksikan anggota polis menunggu giliran untuk membuang undi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Memandangkan negara masih mendepani pandemik Covid-19, SPR mengenakan SOP dengan mewajibkan setiap pengundi mengimbas suhu dan kod QR serta membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.

Terdahulu Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass diiringi Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali melawat pusat mengundi awal di Dewan Serbaguna, IPK Melaka kira-kira pukul 9 pagi.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, calon Perikatan Nasional (PN) N016 Ayer Keroh, Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam turut mengunjungi pusat mengundi awal itu kira-kira pukul 8.40 pagi.

Turut hadir memantau perjalanan proses pengundian awal itu ialah calon Barisan Nasional (BN) N016 Ayer Keroh, Yong Fun Juan sebelum meninggalkan Dewan Serbaguna IPK Melaka kira-kira jam 10 pagi.

Meskipun pusat mengundi awal ini dibuka seawal jam 8 pagi tadi namun pusat mengundi itu mulai lenggang kira-kira pukul 10.30 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast