Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Polis Pahang akan melaksanakan tawaran diskaun sebanyak 50 peratus terhadap saman trafik yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.

Diskaun itu akan ditawarkan pada 22 November sehingga 6 Disember ini dan saman boleh dibayar kaunter trafik di seluruh Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bayaran saman boleh dibuat pada waktu pejabat bermula jam 8.30 pagi sehingga 4 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dan cuti umum.

Jelasnya, tawaran diskaun 50 peratus adalah untuk semua saman kecuali saman yang keluarkan kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah, menggunakan lorang kecemasan, memotong secara merbahaya dan memootong di garisan berkembar.

Selain itu saman kemalangan, saman dalam perbicaraan, saman tidak boleh kompaun (non-compound), saman salah berkaitan lori, pengubahsuaian ekzos tidak termasuk dalam diskaun yang ditawarkannya itu, ujar beliau.

Menurut Ramli, pesalah trafik yang mempunyai saman dinasihatkan menyelesaikannya bagi mengelak tindakan undang-undang diambil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast