Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 sehingga 12 tengah hari tadi semakin membimbangkan apabila merekodkan lonjakan 16.1 peratus kepada 6,288 kes berbanding 5,413 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka jangkitan virus berkenaan sebanyak 2,563,153 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Semalam, sebanyak 5,413 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan yang menyaksikan kes naik semula daripada 5,143 yang direkodkan kelmarin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast