AYER KEROH – Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka bagi Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.

“Keputusan pimpinan PN bersetuju menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri PN,” katanya ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat PN di Dutamas, hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah pucuk pimpinan PN antaranya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Had Awang, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Mas Ermieyati sendiri.

Untuk rekod, ini kali pertama Mas Ermieyati merupakan calon wanita pertama yang diangkat sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Anak tempatan itu menurut Muhyiddin merupakan wanita pertama yang dicalonkan untuk kerusi itu.

“Saya pun tahun tidak pernah ada di negara kita tapi terbukti bahawa PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina untuk memegang jawatan-jawatan penting.

“Jadi orang kata di Melaka ini segala-galanya bermula, ini adalah terbukti Melaka melakar sejarah negeri pertama yangakan nanti terpilih menjadi Ketua Menteri wanita pertama.

“Ini dengan harapan PN yang mempertaruhkan 28 bakal ADUN di dalam PRN boleh mencapai memenangan yang besar,” kata Muhyiddin lagi.

Ditanya mengenai cadangan PN untuk mengetengahkan calon wanita, Muhyiddin berkata pengundi sudah cukup berpengetahuan politik dan mahukan seorang pemimpin yang berwibawa.

“Saya dapati pengundi Melaka cukup luas pengetahuan politik yang mahukan seorang pemimpin yang berwibawa, tka sebut lelaki atau wanita.

“Tapi mereka mahukan yang bersih dan berpengalaman berkelayakan dan boleh buat kerja.

“Saya fikir ini adalah calon yang agak mudah untuk diterima kerana beliau adalah ahli politik yang lama, harap mereka akan bersikap terbuka untuk menerima Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri,” jawab Muhyiddin.

Pengumumkan Ketua Menteri PN itu agak lewat dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang membuat pengumkan pada 7 November lalu memutuskan untuk menamakan calon bagi DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri gabungan itu.

Selang tiga hari selepas itu, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast