KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan sejumlah 67,552 kes penipuan scam membabitkan kerugian bernilai RM2.23 bilion dilaporkan sejak 2017 sehingga 20 Jun 2021.
Berdasarkan kepada jumlah itu, ia bemakna seorang warganegara ditipu bagi setiap 30 minit, jelas badan pengawal selia utama pasaran modal itu.
Suruhanjaya tersebut berkata, modus operandi penipuan itu melibatkan penyamaran daripada pihak bank, pihak berkuasa, perniagaan e-dagang atau pelaburan.
Penyamaran sebagai pihak bank atau pihak berkuasa dan jaminan pulangan pelaburan yang tinggi tanpa sebarang risiko merupakan antara muslihat penipuan yang paling sering digunakan.
SC sehubungaan itu mengingatkan pengguna agar menyemak maklumat terlebih dahulu melalui saluran rasmi pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada serta melaporkan jika mendapat tawaran yang mencurigakan. – MalaysiaGazette