The Chief Minister of Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali clocks in as the 13th Chief Minister of Melaka at the Seri Negeri in Ayer Keroh, Melaka. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 22 NOVEMBER 2021
Datuk Seri Sulaiman Md Ali

AYER KEROH – Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 memulakan tugasnya di Bangunan Seri Negeri (SUK) di sini, kira-kira jam 8.35 pagi, hari ini.

Sulaiman, 55, tiba di Bangunan Seri Negeri dengan berpakaian sut biru gelap disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad serta kakitangan Pejabat Ketua Menteri.

Turut mengiringi beliau, Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Mufti Melaka, Datuk Wira Abd Halim Tawil.

Sebelum memulakan tugas, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu mengaminkan bacaan doa untuk memohon keberkatan pada hari pertama bertugasnya.

Beliau kemudian diberikan taklimat ringkas mengenai Pejabat Menteri Besar oleh Kamel.

Awal Ahad lalu, kurang dua jam Barisan Nasional (BN) diumumkan memenangi PRN Melaka, Sulaiman disahkan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, kira-kira jam 1 pagi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast