Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

MELAKA – Kekalahan Barisan Nasional (BN) UMNO di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang merupakan sesuatu yang ganjil dan bagai ada sesuatu yang tidak kena mengenainya, dakwa UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mohamad Ali yang bertanding di kawasan tersebut berkata, beliau terkejut apabila menang satu daripada 18 saluran mengundi.

“Memang jelas keputusan tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya tidak persoal isu kalah atau menang kerana itu adat pertandingan tetapi apa yang berlaku ini agak ‘luar biasa’,” katanya kepada media hari ini.

Pada Sabtu lalu, calon Perikatan Nasional, Mohd. Aleef yang mendapat 6,789 undi menewaskan Mohamad Ali yang memperolehi 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH – 2,035 undi) dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas – 471 undi).

Tambah beliau, pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan melihat sama ada terdapat kemungkinan berlaku gerak kerja luar jangka oleh pihak-pihak tertentu.

Jelas Mohamad Ali, kekalahan itu tidak mematahkan semangat, sebaliknya beliau akan lebih komited dalam menjaga kebajikan DUN Sungai Udang selepas ini.

“Fokus saya kini adalah meneruskan manifesto yang saya janjikan selain mempersiapkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi khususnya merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang kita tewas kepada calon Pakatan Harapan PH pada PRU-14,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. tiada yang pelik…LANGIT TIDAK SELALU CERAH…..BRAZIL juara PIALA DUNIA BERKALI2 pun kecundang bila sampai takdirnya

  2. Memang pelik..semua saluran undi pos BN kalah kecuali 1 ja..tu pun dgn beza 4 undi. Ketika mana seluruh Melaka memberi undi kpd BN tiba2 kem tentera yg menterinya dari UMNO kalah di semua peti undi tentera…dan DUN Sg Udang yg terletak dlm parlimen Tangga Batu..ada 4 DUN..3 DUN BN menang bergaya termasuk DUN campuran Klebang yg dimenangi oleh MCA…tiba2 DUN Sg Udang satu jaa kalah? heran

  3. Oh lupa…memandangkan hal ehwal tanah di bawah kuasa kerajaa negeri, maka sudah sampai masa kerajaan negeri mengambil balik tanah2 kem tentera Terendak & Sg. Udang utk dimajukan bagi manfaat penduduk Melaka dan Sg. Udang sendiri. Kem tentera tu boleh lah dipindahkan ke Kelantan…

Comments are closed.