primary school students mandatory Covid-19 screening Minister of Health, Khairy Jamaluddin at a news conference on the National Health & Morbidity Survey (NHMS) studies 2020 at the Ministry of Health, Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 26 NOVEMBER 2021. SOP violation compound Act 342
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendahului dalam satu undian online kendalian China Press untuk memilih menteri yang menunjukkan prestasi paling memuaskan.

Undian yang diadakan sempena dengan 100 hari pembentukan Kabinet pada 10 Disember menunjukkan Khairy mendapat 4,748 undi atau 18.74 peratus jumlah undi setakat lewat petang pada Sabtu.

Melalui undian itu, setiap orang dibenarkan menamakan lima orang menteri yang pada pendapat mereka menunjukkan prestasi terbaik.

Menteri yang mendapat undi kedua tertinggi selepas Khairy adalah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 14.37 peratus sokongan.

Tiga menteri lain yang berjaya memasuki lima teratas adalah Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz (12.23 peratus); Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong (12.23 peratus) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabari Yaakob (8.98 peratus). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast