LONDON – Manchester mengumumkan pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus bagi mengharungi baki perlawanan liga musim ini.
Rangnick akan mengemudi kelab selama enam bulan sehingga Mei 2022 dan meneruskan tugas konsultansi selama dua tahun.
Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtough yang menyifatkan Ralf sebagai salah seorang jurulatih paling dihormati di Eropah berkata: “Dia menjadi calon utama kami dalam pencarian pengurus sementara yang menunjukkan kepimpinan yang sangat bernilai dan juga kemahiran teknikal yang dipelajari sejak empat dekad lalu dalam pengurusan dan kejurulatihan.
Sementara itu, Rangnick berkata, United mempunyai ramai pemain berbakat selain mempunyai keseimbangan antara pemain remaja dan berpengalaman.
“Segala usaha dan kerja keras saya untuk enam bulan akan datang adalah membantu kesemua pemain memenuhi impian masing-masing sebagai individu dan juga secara berpasukan.
“Selain itu, saya akan terus menyokong visi jangka panjang kelab ini menerusi posisi sebagai penasihat,” katanya.
Michael Carrick akan terus menguruskan pasukan skuad pertama sehingga permit kerja Ralf dimuktamadkan. – MalaysiaGazette