secret society gangsters gang members NGO Penang Approximately 40 men believed to be involved in gangsterism were arrested at a restaurant in Seberang Jaya.
Approximately 40 men believed to be involved in gangsterism were arrested at a restaurant in Seberang Jaya. Kira-kira 40 lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap ditahan di sebuah restoran mewah di Seberang Jaya kelmarin.

SEBERANG PERAI – Kegiatan sekumpulan kongsi gelap dipercayai sedang merekrut ahli baharu dengan berselindung atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Seberang Jaya di sini terbongkar.

Pembongkaran itu selepas pihak polis menyerbu sebuah restoran mewah kelmarin.

Lapan daripada mereka yang ditahan miliki tatu kongsi gelap.

Serbuan bermula jam 9.30 malam dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mengesyaki satu kumpulan kongsi gelap yang berselindung di sebalik sebuah NGO sedang menghidupkan kembali pengaruh mereka di utara tanah air termasuk Kedah dan Perlis.

Jelas beliau, kumpulan itu dikatakan menggunakan nama NGO bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Dalam serbuan itu, kita menahan 40 lelaki berusia lingkungan 22 hingga 56 tahun yang berasal dari negeri ini, Kedah serta Perlis.

Kumpulan kongsi gelap itu dikatakan berselindung disebalik nama NGO.

“Ketika serbuan dilakukan, mereka (suspek) sedang mengadakan majlis sesi pengenalan dan pendaftaran ahli baharu.

“Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati lapan daripada lelaki yang ditahan mempunyai tatu kongsi gelap,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan itu, 56 buah telefon bimbit; dua bentuk cincin; seutas rantai serta sepasang subang yang mempunyai lambang kongsi gelap.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut Rahimi berkata, kesemua suspek kini direman untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 ( Kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi Undang-Undang ) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast