Sebanyak 950 kes varian Omicron dikesan sehingga 19 Febuari yang lalu,- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan  dakwaan ada penularan varian Omicron yang ditemui di Afrika Selatan di negara ini.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata, mesej yang tular mengatakan sudah ada kes di Perak adalah tidak benar dan hanya tuduhan palsu.

“KKM menafikan kesahihan mesej tular yang mendakwa bahawa varian Omicron yang merupakan varian baharu Covid-19 dengan 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta dikesan di negeri Perak.

“KKM menjelaskan bahawa setakat ini tiada kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia,” kata kenyataan pemakluman berita palsu yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.

Varian baharu Covid-19 yang dinamakan Omicron atau juga dirujuk dengan strain baharu Covid-19 itu sebagai B.1.1.529 pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) muncul daripada Afrika Selatan pada 24 November lalu.

Selain itu, ia turut dikesan di beberapa negara lain luar Afrika termasuk Belgium, Hong Kong, Britain, Jerman, Itali dan Israel.

Varian itu juga dirujuk dengan strain baharu Covid-19 itu sebagai B.1.1.529, pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) muncul daripada Afrika Selatan pada 24 November lalu selain turut dikesan di beberapa negara lain luar Afrika termasuk Belgium, Hong Kong, Britain, Jerman, Itali dan Israel.

Daam pada itu KKM menasihatkan agar orang ramai berhenti menyebarkan maklumat daripada sumber tidak sahih.

“Orang ramai disaran agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat sebalikna merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih,” gesa kenyataan itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Varian Omicron semakin hampir dengan Malaysia – Dr. Noor Azmi