Malaysia Institute of Infectious Diseases Bandar Enstek (Picture for representational purposes only) A healthcare worker is preparing the Pfizer BioNTech Covid-19 vaccine for the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) for Adolescents at the Management and Science University (MSU) in Shah Alam. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 20 SEPTEMBER 2021. Infectious Diseases Institute Bandar Enstek anti-vaccine anti-vaxxers
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 97 peratus atau 22,707,144 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,039,780 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.3 peratus atau 2,716,048 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,826,761 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 150,357 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,649 suntikan dos lengkap, 5,408 dos pertama dan 136,300 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,828,128 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,728,294.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast