KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (Affin Bank) memenangi Anugerah “Produk PKS Baru Terbaik” bagi AFFINWRKFZ, sebuah solusi perniagaan oleh pihak Bank untuk PKS di Anugerah Inovasi Perbankan Runcit Global 2021 yang danjurkan oleh The Digital Banker.
Anugerah berkenaan merupakan salah satu anugerah berprestij yang mengiktiraf bank terkemuka dunia yang merintis inovasi produk dan perkhidmatan.
Ia dinilai bersama oleh pakar-pakar dari pelbagai pengkhususan seperti dari KPMG, EY, PWC, Deloitte serta Forrester dan merupakan satu-satunya program penilaian khusus di dunia yang mengiktiraf kecemerlangan dalam landskap perbankan runcit global.
Dilancarkan pada Disember 2020, AFFINWRKFZ (disebut sebagai AFFINWorkforce) merupakan sebuah penyelesaian komprehensif perniagaan dan pengurusan sumber manusia bukan dari segi faktor kewangan dalam jangka panjang yang direka untuk PKS untuk menyediakan mereka menghadapi cabaran masa hadapan dan memastikan kemampanan yang bermakna semasa mereka berkembang.
Ia disediakan secara eksklusif dalam aplikasi mudah alih SME Colony – sebuah kemudahan penglibatan digital dan sumber komprehensif yang direka untuk PKS.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, AFFINWRKFZ telah menerima daya tarikan positif yang luar biasa dari kalangan PKS dalam tempoh setahun sejak pelancaran, menunjukkan keupayaan kami dalam memberi perkhidmatan kepada PKS secara unik dan berkesan tidak seperti yang lain.
”Kami benar-benar berbesar hati menerima anugerah cemerlang ini kerana ia mengiktiraf dedikasi kami yang tiada tandingan dan berfungsi sebagai galakan untuk kami memberikan perkhidmatan penyelesaian dan produk perniagaan yang relevan secara konsisten dalam pasaran yang sentiasa berkembang,” katanya dis ini.
Inisiatif sokongan perniagaan ini memerlukan PKS mendaftar untuk sekurang-kurangnya tiga produk perbankan PKS Affin Bank untuk menggunakan penyelesaian bersepadu terasnya termasuk alat perancangan untuk kerja dan tugasan peribadi; produk perlindungan untuk syarikat dan para pekerja; peningkatan kemahiran untuk menggalakkan pembangunan diri dan pengayaan pengetahuan; dan keistimewaan eksklusif daripada bank.
Pendekatan 4P ini untuk membantu PKS meletakkan diri mereka sebagai prospek kerjaya jangka panjang yang menarik untuk pengekalan bakat dan sumber manusia kerana mereka terus berkembang dengan cara yang berdaya maju. – MalaysiaGazette