KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki cuba merasuah polis bagi membebaskannya sekumpulan 21 pendatang tanpa izin (PATI) atas kesalahan memasuki negara ini secara haram ditahan.
Sebelum itu kesemua PATI itu dipercayai menggunakan bot dan memasuki negara ini secara haram di Pantai Baru Morib.
Dalam kalangan mereka polis turut memberkas tiga tekong darat warga asing yang memiliki MyKad palsu.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superiintendan Rizal Mohamed berkata, pihaknya telah membuat dua tangkapan berasingan.
Dalam tangkapan pertama pukul 7.30 pagi, pihaknya menahan tiga buah kereta dalam keadaan yang mencurigakan di Jalan Tali Air, Morib, Selangor.
“Hasil pemeriksaan, kami menahan tiga lelaki dewasa warga asing berumur 32 hingga 35 tahun dipercayai sebagai tekong darat dan 11 lelaki dewasa warga asing berumur antara 19 hingga 37 tahun serta 10 wanita warga asing berumur antara 18 hingga 44 tahun.
“Siasatan awal mendapati semua PATI tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan disyaki baru sahaja masuk ke dalam negara ini melalui jalan haram iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.
“Hasil pemeriksaan, salah seorangnya didapati memiliki kad pengenalan Malaysia yang dipercayai palsu,” katanya dalam kenyataan semalam.
Tamban Rizal, berdasarkan maklumat, pasukan telah melakukan tangkapan kedua pukul 1.30 tengahari pada hari yang sama.
Menurutnya, hasil serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berumur 34 tahun dipercayai perancang utama kegiatan penyeludupan PATI di Pantai Baru Morib.
“Semasa proses tangkapan dijalankan suspek utama itu terlibat cubaan memberi wang suapan sebanyak RM6,000 kepada penguat kuasa PGA bagi membebaskan kesemua tangkapan dan rampasan,” katanya.
Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Banting dekat sini untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Akto lmigresen 1963 don Akta SPRM 2009.
Turut dirampas ialah empat buah kenderaan, telefon bimbit pelbagai jenama dan sejumlah wang tunai RM6,000 dan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM55,550.
Tegsas Rizal, kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas polis.- MalaysiaGazette