Lebih enam pemain dan dua kakitangan Spurs disyaki positi Covid-19 dalam EPL musim ini. Foto: Reuters.

LONDON – Tottenham Hotspur dilaporkan telah dilanda ancaman Covid-19 selepas lebih enam pemain dan dua kakitangan kelab itu disahkan positif virus maut itu.

Lebih enam pemain kesebelasan utama yang tidak dapat dikenalpasti dan dua kakitangannya diuji positif pada Isnin, menurut Football.London.

Kesemua sembilan individu itu akan menjalani ujian saringan PCR untuk mengesahkan keputusan Covid-19 sebelum tindakan lanjut.

Namun, setakat ini identiti spesifik kesemua pemain dan kakitangan yang diuji positif Covid-19 dalam kelab itu masih belum didedahkan.

Mana-mana yang disahkan positif dalam saringan kedua dikehendaki menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari mengikut peraturan kesihatan yang ditetapkan kerajaan England.

Para pemain pasukan pertama kendalian Antonio Conte yang disahkan positif kelak akan terlepas aksi di Rennes dan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Brighton dan aksi liga domestik menentang Leicester City pada Khamis minggu hadapan.

Sekiranya kesemua individu itu disahkan positif semula menerusi ujian PCR, Spurs mempertimbangkan cadangan supaya aksi menentang Brighton pada Ahad ini ditunda ke suatu tarikh lain, dakwa Telegraph.

Pengesanan Covid-19 dalam kalangan lebih enam pemain skuad utama itu telah mencetuskan situasi sukar untuk Spurs yang mempunyai aksi wajib menang menentang Rennes dalam kempen Liga Persidangan Europa di Stadium Amex pada malam Khamis ini.

Sementara Spurs berusaha memohon FA England untuk menangguhkan aksi menentang Brighton, aksi di halaman sendiri menentang Rennes Khamis ini dijangka diteruskan seperti dijadualkan mengikut peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Walaupun berdepan situasi getir ini, Spurs masih memiliki pemain yang mencukupi untuk aksi menentang Rennes di pentas Eropah.

Musim lalu beberapa aksi EPL ditangguhkan ekoran pengesanan positif Covid-19 dalam pasukan tersebut.

Pada musim ini Spurs muncul sebagai kelab pertama yang terjejas akibat Covid-19.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast