BRASILIA – Sekumpulan monyet yang dianggap hidupan liar terancam dan eksotik di Brazil kini lebih selamat dan selesa untuk merentasi lebuh raya yang sibuk selepas sebuah jambatan khas telah dibina untuk mereka oleh kerajaan Brazil.
Kemudahan itu akan membolehkan hidupan eksotik itu boleh mengakses ke hutan lebih luas dengan selamat tanpa risiko kemalangan dan melindungi pupulasi.
Pegawai Konservasi di Rio de Janeiro mula meluahkan kebimbangan mereka mengenai habitat monyet jenis golden lion tamarins.
Hutan Atlantik di Brazil adalah satu-satunya hutan liar di dunia ini monyet spesis berkenaan masih wujud.
Namun wujud ketakutan bahawa hidupan liar berkenaan berisolasi di dalam kawasan yang sangat perpencil tanpa tiada penghijrahan.
Kini dengan pembinaan jambatan baharu itu, aktivis alam sekitar percaya penghijrahan spesis itu berlaku secara luas ke kawasan hutan lebih luas tanpa diancam keselamatan.
Langkah itu juga menyusul dari kerajaan Brazil selepas demam kuning yang menular pada 2018 mengakibatkan 32 peratus daripada jumlah populasi monyet berkenaan telah pupus.
Kini hanya tinggal sekitar 2,500 ekor monyet spesisi berkenaan di dalam hutan liar.
Para pakar spesis berkenaan berusaha gigih untuk menambah populasi binatang tersebut.
Pengarah Eksekutif projek metapupulasi spesis monyet berkenaan iaitu Luis Paulo Marques Ferraz, berkata projek itu bertujuan untuk melindungi dan meningkatkan populasi spesis ‘golden lion tamarins’ itu
“Para sanitis menunjukkan bahawa habitat monyet yang dihidup di dalam kawasan terpencil itu terasing dari hutan luas di seberangh lebuh raya sekaligus dibimbangi akn mencetuska masalah besar dari segi konservasi.
“Kita memerlukan perlindungan dalam bentuk hutan yang luas untuk spesis monyet itu selain 95 peratus habitat monyet berkenaan telah pupus di negara tersebut,” katanya.-Metro.co.uk