Rohaya (tengah) bersama peserta JV Owner Studio D’Aora Fitness yang telah berjaya mengurangkan berat badan sempena inisiatif memerangi obesiti di program sambutan ulang tahun D’Aora Fitness di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Bagi mewujudkan persekitaran gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di Johor, D’Aora Fitness melalui JV Owner Studio D’Aora Fitness mengadakan pelbagai aktiviti untuk disertai pelbagai peringkat umur sebagai usaha memerangi obesiti.

Jurulatih JV Owner Studio D’Aora Fitness Bandar Dato Onn dan Pasir Gudang, Rohaya Tahir berkata, setakat hari ini pihaknya telah membantu lebih 10,000 wanita seluruh Malaysia untuk mengurangkan berat badan sesuai.

Ia sekaligus mengubah diri mereka kepada versi yang lebih sihat dan cantik, katanya.

Tambah beliau, pihaknya berjaya membantu lebih 200 wanita mengurangkan berat badan mereka di Johor Bahru.

” Untuk di Johor Bahru kita ada lebih 1,000 peserta pelbagai peringkat umur yang aktif menyertai kami. Tujuan asalnya adalah saya mahu melihat semua wanita mengamalkan gaya hidup sihat.

“Bila kita sihat,mudah untuk lakukan ibadah,aktiviti lain termasuk kita akan kekal cantik kerana dalaman kita sihat,” katanya ketika ditemui sempena sambutan ulang tahun D’Aora Fitness, di sini, hari ini.

Rohaya Tahir

Rohaya memberitahu, pencapai terhebatnya setakat ini ialah membantu peserta yang beratnya 130 kilogram (kg) hilang 70 kg dalam tempoh dua bulan.

“Ini adalah kejayaan besar 54 peratus pengurangan jisim badan yang kami dapat bantu. Sudah tentu saya sebagai sifu atau guru gembira dengan pencapaian itu.

“D’Aora Fitness ini kami bertekad untuk membantu lebih ramai wanita supaya memerangi obesiti supaya menjadi bertenaga dan sihat.Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata, pemakanan dan diet yang betul beserta latihan fizikal menggunakan senaman seperti body toning, zumba dan belly dance adalah antara kaedah yang digunakan untuk membantu wanita mendapatkan berat badan yang seimbang.

Dalam pada itu, menurutnya, hasil kaji selidik yang dilakukan mendapti kira-kira 60 hingga 70 peratus wanita di Johor mengalami obesiti.

Kata Rohaya, wanita tidak boleh memandang ringan soal kesihatan dan penjagaan diri supaya menjadi lebih yakin dan berketerampilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast