Shahar
Mohd Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021 lulus dengan sokongan suara di Dewan Rakyat tengah hari ini.

Usul pindaan itu melibatkan 15 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan pada sesi persidangan petang semalam dibacakan kali ketiga tengah hari ini untuk mendapat persetujuan Ahli Dewan.

Ketika mengumumkan kelulusan RUU itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian menamakannya sebagai RUU Kewangan (Pindaan) 2021.

RUU itu mengandungi Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakkan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018.

Penggulungan bagi pihak Kementerian Kewangan dilakukan Timbalan Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah. – MalaysiaGazette