MELAKA – Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka akan berwajah baharu dan tidak lagi mengamalkan konsep one man show seperti sebelum ini.
Ketuanya yang baharu dilantik semalam, Dr Mohd Yadzil Yaakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, konsep seorang tokoh sahaja sebagai dominan dan menguasai segala-galanya perlu diubah.
“Saya akan pastikan semua ahli Bersatu Melaka Melaka bergerak seiring dengan ketua dan bukan lagi one man show yang mana masing-masing akan ada peranan masing-masing.
“Kita seharusnya lebih fokus kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang supaya tidak berpecah untuk mencantumkan balik (hubungan),” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Yadzil yang juga Ketua Bahagian Bersatu Jasin dan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka berkata, kerjasama yang baik antara semua ahli juga akan diperkukuhkan.
“Kita akan tengok balik keadaan-keadaan sebelum ini. Tidak (berlaku perpecahan kem sokongan) dan perkukuhkan balik Bersatu.
“Bukan semua orang sempurna, masing-masing ada kelebihan yang mana ini akan kita gunakan untuk kuatkan parti,” katanya.
Semalam Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Dr Yadzil yang telah memenangi kerusi DUN Bemban dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November yang lalu, bagi menggantikan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang meletakkan jawatan pada 26 November lalu.
Muhyiddin turut mengumumkan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka yang baharu.
Pelantikan kedua-dua mereka katanya, diyakini dapat memperkuatkan struktur parti dan memperkukuhkan lagi perkhidmatan parti kepada rakyat negeri Melaka khususnya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: