Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bermula 15 Januari 2022, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian.

Ia melibatkan laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan.

Dengan pelaksanaan itu, seluruh jaringan infrastruktur lebuh raya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Transaksi tol RFID adalah langkah Kementerian Kerja Raya (KKR) ke arah mengurangkan kesesakan di plaza tol.

“Ia bertepatan dengan keperluan dan kehendak pelanggan lebuh raya serta selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

“Pelaksanaan RFID mulai 15 Januari 2022 ini juga selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System – ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR termasuklah pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi Lane Free Flow – MLFF),” kata KKR dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan RFID, katanya, pelanggan berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong RFID dengan kelajuan 30km/j.

Selain itu, RFID turut membolehkan pelanggan melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Tag RFID juga boleh diperoleh dengan kos yang rendah dan berpatutan.

Kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan pada ketika ini namun, kedua-dua kaedah tersebut akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuh raya sebelum pelaksanaan MLFF.

Pengguna boleh mendapatkan tag RFID secara online menerusi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang dilantik untuk memasangnya sendiri.

Pembelian dan pemasangan tag RFID juga boleh dibuat di 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung Malaysia.

Jumlah pusat jualan dan pemasangan ini akan ditambah bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan tag RFID bagi memudahkan lebih ramai pengguna beralih kepada sistem pembayaran RFID.

Bagaimanapun ramai netizen di media sosial mempertikaikan arahan itu dan mendakwa penggunaan RFID sebelum ini tidak lancar dan sering mengalami masalah teknikal.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Mcm2 benda yg ko bebankan rakyat yer..benda bukan free..nak pasang kena bayar..betapa banyaknya ko buat duit sebab berjuta keta kat jalan raya…

  2. Selepas tak berfungsi (tersekat) 3 kali berturut2, aku tak guna lagi sebab orang belakang akan marah bila kereta tersangkut

  3. Tahi burung atas RFID boleh baca tak?
    Cuci bahagian RFID tu boleh guna sabun cuci kereta tak kah air sahaja?
    Tempat cermin yang tinted tak boleh pasang RFID kan sebab RFID yang bodoh tak boleh nak baca pasal bahan logam dalam tinted tu ganggu kan?
    Kalau kemalangan jalan raya lampu pecah mati lah kan RFID yang pasang kat headlamp (pasal windscreen tinted)?
    Batang pokok, batu-batu kecil kalau kena RFID mati lah kan RFID bodoh tu?
    Tiap-tiap kali rosak kena bagi caj perkhidmatan pemasangan RFID dengan beli si bodoh RFID tu kah?
    RFID boleh ganti yuran ‘car parking’ kah?
    Orang tua yang sebatang kara jadi tanggungjawab jiran-jiran ya untuk setup RFID tu?

    Singapura pun guna ERP saja macam kita punya SmartTag tu bukan main lancar tiada halangan malah dengan saman sekali kalau tak cukup baki, PLUS Malaysia buat apa untuk melicinkan dan mempercepatkan lalulintas lebuh jalanraya? Kononnya ‘highway’ tapi selalu saja 0km/hour atas highway gunung dekat Ipoh tu… kalau bukan ada cara lain untuk kereta lalu laut antara seberang pulau dan Seberang Perai Pulau Pinang (perkhidmatan feri untuk kereta telah ditutup) dan pengangkutan awam yang sangat tak cekap dan tak pantas untuk orang yang sering harus ke seberang pulau, dah awal guna cara lain, tak payah dengan RFID yang sangat tak efisien ni. Nak kurang pekerja kah ni, potong kos? Kah mengaut untung dengan setiap 5 tahun tukar ataupun setiap kali kereta orang mengalami kemalangan?

Comments are closed.