Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,435 kes sembuh Covid-19 direkodkan pada hari ini berbanding 4,083 kes positif jangkitan virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,715,847 kes.

“Ketika ini sebanyak 391 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 314 telah disahkan Covid-19 manakala 77 kes disyaki kemungkinan dan masih dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 215 kes dengan 145 telah disahkan Covid-19 manakala 70 kes disyaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Noor Hisham, daripada 4,083 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 69 kes adalah dalam kategori 3,4 dan 5 manakala 4,014 pula terdiri kategori 1 dan 2.

Beliau berkata, kes import yang dilaporkan sebanyak 34 kes manakala kes tempatan pula sebanyak 4,049 kes.

Jumlah kluster yang dilaporkan pada hari ini ialah 6,077 kluster dengan tiga daripadanya adalah kluster baharu, kluster tamat pula sebanyak 5,825 dan jumlah kluster aktif sebanyak 252, ujarnya. – MalaysiaGazette