Amirudin melawat mangsa banjir di PPS SK Johan Setia, Klang. Seramai hampir 800 orang ditempatkan di sini sejak semalam.

SHAH ALAM – Kira-kira 300 penduduk di kawasan Taman Sri Muda di sini yang terperangkap banjir sejak semalam berjaya diselamatkan pagi ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua mereka kini ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan akan dibenarkan pulang selepas banjir surut.

“Setakat pagi ini seramai 300 penduduk di kawasan Sri Muda telah berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan bantuan bot persendirian dari individu dan orang awam bagi meningkatkan aset yang ada,” katanya menerusi ciapan Twitter, hari ini.

Sementara itu, sebanyak 68 PPS dibuka di Selangor melibatkan Kawasan Tengah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA): Dewan Jenjarum Seksyen 11, Teratai Seksyen 19, Dahlia Seksyen 24.

Kawasan Utara: Begonia Seksyen U1, Bunga Matahari Seksyen u5, Rozel Seksyen U6, Siantan Seksyen U6, Jasmin Seksyen U8, Safron Seksyen U9, Bunga Kemboja Seksyen U11, Akasia Seksyen U12, Bunga Raya Seksyen U13, Pudina Seksyen U16, Bunga Merak Seksyen U19 dan Seri Pagi Seksyen U19.

Kawasan Selatan: Azalea Seksyen 25, Eria Seksyen 31, Liparis dan Vanilla Seksyen 31, Tulip Seksyen 32 dan Jati Seksyen 36.

Dewan Kecil MBSA: Pinang Seksyen 13, Meranti Seksyen 19, Kerayung Seksyen 25, Pulai Seksyen 27, Kesumba Seksyen U1, Resak Seksyen U3, Sena Seksyen U5 dan Cemara Seksyen U6.

Kuala Langat: Dewan Orang Ramai Kelanang, Dewan Olak Lempit, Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Buaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Cheeding dan SK Kebun Baru.

Sepang: Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Gincing, Sekolah Rendah Agama (SRA) Kg. Gincing, Dewan MPKK Gincing, Balai MPKK Salak Tinggi, SK Salak dan SK Sungai Pelek.

Kuala Selangor: SMK Dato’ Maharajalela Jeram, SMK Jeram, SK Kerayong, Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Dewa Coalfield Ijok, SK Asam Jawa Api-Api, SK Rantau Panjang Bestari Jaya dan SK Sungai Permatang.

Klang: Masjid Al Islah, SK Telok Gong, SK Johan Setia, Balai MPKK Sungai Pinang, SMK Pulau Indah, SRA Pulau Indah, Balai Raya Perigi Nanas, Balai Raya MPKK Bukit Naga, SK Sungai Binjai.

Turut dijadikan PPS ialah SRA Padang Jawa, SK Jalan Kebun, Balai MPKK Kg. Lombong, SRA Sungai Serdang, Dewan Orang Ramai Tok Muda, SRA Pekan Kapar, SRA Kampung Delek, Dewan Serbaguna MPK Kampung Jawa dan Dewan MPKK Kampung Delek.

Sementara itu, orang ramai yang berdepan dengan masalah banjir boleh menghubungi Unit Pengurusan Bencana Selangor di talian 03-5035 0920 dan 03-5510 5811, selain Majlis Perbandaran Klang 03-3374 8845, Majlis Bandaraya Shah Alam 03-5522 2787 dan Majlis Perbandaran Kuala Langat 03-3182 2566.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di talian 03-3323 9478, IPD Klang Selatan 03-3372 2222, IPD Klang Utara 03-3291 3344, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri 03-3341 3703, Jabatan Kerja Raya negeri 03-3371 4040, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri 03-3371 2464 dan Angkatan Pertahanan Awam 03-3371 0820. – MalaysiaGazette