Penduduk setempat meredah air banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2021.

SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memohon bantuan kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah banjir dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Selangor.

Amirudin dalam mesej Twitternya memaklumkan kerajaan negeri juga memohon bantuan aset-aset Persekutuan dan penglibatan tentera bagi menyelamatkan seramai mungkin mangsa banjir yang terkandas ketika ini.

“Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri @IsmailSabri60 memohon bantuan bagi mangsa banjir di Selangor.

“Saya turut menghubungi Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  @HishammuddinH2O agar aset dan anggota keselamatan dapat digerakkan bagi membantu proses pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir yang terkandas di Selangor,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dijadualkan melawat mangsa banjir dan keadaan banjir di sekitar Klang esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast