Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Selepas merekodkan 4, 083 kes semalam, hari ini negara mencatatkan sebanyak 3,108 kes positif baharu Covid-19.

Ia sekaligus menjadikan sebanyak 2,718,955 kes kumulatif jangkitan dalam negara setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian terbaharu itu juga merupakan penurunan sebanyak 975 kes berbanding semalam.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.-MalaysiaGazette