LKSA yang dibuka semula pagi ini.

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PLSASB) syarikat pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) telah membuka semula laluan di kilometer 4.1 bagi kedua-dua arah kepada pengguna lebuh raya bermula jam 5.30 pagi tadi setelah ditutup akibat kejadian banjir kilat yang turut menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam.

Bagaimanapun laluan di susur masuk dari bulatan Jubli Perak menghala ke Seksyen 23, Uptown Shah Alam dan susur masuk ke laluan utama menuju Kota Kemuning masih lagi ditutup dan hanya akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan dan selamat untuk laluan semua jenis kenderaan.

Pihak LKSA juga telah menempatkan pasukan Ronda bagi membantu memastikan aliran trafik berjalan lancar dan pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa yang berada di kawasan yang terlibat.

LKSA akan mengeluarkan maklumat kemaskini mengenai status trafik dari masa ke semasa menerusi sistem mesej digital Variable Messaging System (VMS), platform media sosial Twitter LKSA @LKSAtrafik dan Facebook Prolintas Highways atau hubungi talian bebas tol di 1 3008 8280 1 untuk mendapatkan maklumat terkini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast