KUALA LUMPUR – Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang mencuri barangan di cawangan Mydin Mart di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada Sabtu berikutan banjir yang yang mengakibatkan syarikat itu menanggung kerugian berjuta ringgit.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) itu berkata, sejujurnya beliau tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut namun keadaan darurat mungkin menyebabkan penduduk setempat tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan niat yang sebaliknya.
“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir dan pandemik ini sedia pulih seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, tular rakaman video yang memaparkan pasar raya Mydin yang terletak di Taman Sri Muda yang ditenggelami air dipecah masuk antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang pada hari tersebut.
Menurut Ameer, beliau amat tersentuh dan simpati dengan bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette
mulia sungguh hati tuan, moga dikurniakan pahala berlipat kali ganda …
Yang curi makanan oklah boleh pay later tetapi yang curi barangan bukan makanan adalah jenayah.