Laluan LPT1 yang masih dinaiki air. foto Anih Berhad

KUALA LUMPUR – Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup kepada pengguna bermula 8 pagi hari ini.

Anih Berhad berkata, laluan yang ditutup di kedua-dua hala itu adalah di Kilometer (KM) 66.7 hingga KM 79.5 antara Bentong ke Karak kerana air masih belum surut.

Manakala di LPT 1 di laluan antara KM79.5 – KM 136.9 Karak ke Chenor juga ditutup kedua-dua hala.

Katanya, Hentian Sebelah Lanchang (Hala Barat) terputus bekalan elektrik akibat kerosakan pada generator.

Oleh itu, pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan dan untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi

Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Talian Bilik Gerakan Bencana JKR di talian 03-26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my – MalaysiaGazette