Hans Kluge. foto Agensi

GENEVA – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah memberi amaran kepada negara-negara supaya bersiap sedia menghadapi lonjakan ketara dalam kes Covid-19 ketika Omicron kian merebak dan menasihati penggunaan dos penggalak secara meluas untuk perlindungan.

Sejak Omicron muncul pada akhir November, virus ini Omicron telah dikesan di sekurang-kurangnya 38 daripada 53 negara di rantau Eropah dan sudah mendominasi beberapa negara termasuk Denmark, Portugal dan UK, kata Hans Kluge dalam sidang akhbar di Vienna.

“Kita boleh melihat satu lagi ribut akan datang.

“Dalam beberapa minggu, Omicron akan mendominasi lebih banyak negara di rantau ini,” kata Kluge.

Wilayah WHO Eropah termasuk Rusia dan bekas Republik Soviet yang lain, serta Turki.

Data WHO menunjukkan rantau ini merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi berbanding saiz populasi.

Malah sebelum penularan Omicron, WHO telah memberi amaran tentang 700,000 lagi kematian akibat penyakit itu menjelang Mac depan.

Ibu pejabat WHO di Geneva telah menasihatkan bahawa dos penggalak vaksin perlu diterima bagi golongan yang paling berisiko.

”Dos penggalak adalah satu-satunya pertahanan terpenting terhadap Omicron,” katanya. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast