KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada
peminjam PTPTN yang terkesan musibah banjir.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, peminjam yang terkesan boleh kemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Disember hingga 31 Mac 2022.
“Butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keputusan itu, kata Noraini diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited
membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar sekarang.
Diharapkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat meringankan beban peminjam yang terkesan, katanya.- MalaysiaGazette