Berbelas-belas pelarian dan migran maut menjelang sambutan Krismas selepas bot dinaiki mereka tenggelam di perairan Greece.

ATHENS – Berbelas-belas pelarian dan migran maut menjelang sambutan Krismas selepas bot dinaiki mereka tenggelam di perairan Greece.

Dua mayat ditemukan ketika operasi menyelamat dijalankan pada malam Jumaat berhampiran pulau Paros di Laut Aegean, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media Greece.

Setakat ini, 57 penumpang telah diselamatkan dan menurut mereka terdapat kira-kira 80 orang berada di atas kapal itu.

Terdahulu, pihak berkuasa Greece mengumumkan pada Rabu sebuah lagi bot karam berhampiran pulau Folegandros meragut tiga nyawa, 13 orang diselamatkan dan jumlah mangsa yang hilang tidak dapat dipastikan.

Sejak 2015, Greece telah menjadi laluan untuk migran dan pelarian menuju ke Eropah. Beratus-ratus telah terkorban di Laut Aegean sejak enam tahun lalu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast